Share |

An Innovative Technique for Surgical Positioning in Head and Neck Surgery

Case report

Abstrak

Kedudukan pesakit di atas meja pembedahan adalah penting dalam memastikan keselesaan pesakit, maruah pesakit dan akses yang baik kepada pakar bedah. Kedudukan yang tepat membantu dalam mengurangkan risiko kecederaan kepada pesakit. Beg udara rekaan sendiri boleh dibuat dengan bekalan perubatan dikitar semula di dewan pembedahan. Peralatan rekaan ini boleh menggantikan beg pasir konvensional untuk pembedahan kepala dan leher. Ia melibatkan penggunaan botol pengairan yang kosong, injap dan tiub sedutan. Bentuk beg udara boleh dilaraskan dengan mudah dengan mengubah isipadu udara di dalam beg. Penggunaan beg yang berisi udara membolehkan beg mengubah bentuk dan mengacukan permukaannya berdasarkan kelengkungan permukaan luar pesakit. Ini mengurangkan risiko tekanan pada kulit teruamanya dalam pembedahan yang berpanjangan. Kesimpulannya, kaedah ini adalah suatu teknik bijak, inovatif dan menjimatkan perbelanjaan kewangan dengan menggunakan bahan kitar semula.

Abstract

Patient positioning is a vital in ensuring patient comfort, dignity and good access to the operative site. Accurate positioning helps in minimising the risk of injury to the patient. An in-house airbag made from recyclable medical supplies can be used to replace the conventional sandbag for head and neck surgeries. It involves the use of an empty irrigation bottle, a valve and suction tubing. Its shape and volume is readily adjustable by altering the volume of inflated air. Moreover, compressible air moulds the bag to the curvature of the patient’s external surface reducing the risk of pressure sores in prolonged surgery. Ultimately this serves as an innovative technique which is financially savvy with the use of recyclable items.