Share |

The Assessment of Finger Photoplethysmography Fitness Index (PPGF) among Young Men with Cardiovascular Disease Risk Factors: A Cross Sectional Study

Original article

Abstrak

Dua petanda kesihatan salur darah baru yang dihasilkan daripada gelombang fotopletismografi jari (PPG) telah diperkenalkan berdasarkan populasi rakyat Malaysia iaitu indeks kecergasan PPG (PPGF) dan indeks jangkaan risiko salur darah (VRPI). Antara objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara PPGF dengan petanda penyakit jantung (CVD) yang lain seperti halaju gelombang denyutan karotid femoral (PWVCF), untuk membandingkan PPGF antara mereka yang sihat dan mempunyai faktor risiko CVD dan untuk menentukan sensitiviti VRPI dalam mengenalpasti mereka yang mempunyai faktor risiko CVD. Seramai 114 lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun yang sihat atau mempunyai mempunyai faktor risiko CVD telah diambil. Faktor risiko CVD termasuk hipertensi, merokok, dislipidemia, obesiti abdomen dan sejarah keluarga berpenyakit CVD pramatang. Subjek dibahagikan kepada kumpulan sihat, mereka yang mempunyai satu faktor risiko dan mereka yang mempunyai dua atau lebih faktor risiko. Berat, tinggi, tekanan darah (BP) periferi dan pusat, PWVCF dan PPGF mereka diukur dan sensitiviti VRPI dalam mengenal pasti mereka yang berisiko CVD dikira. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 15 dan nilai P<0.05 adalah signifikan. Purata umur subjek adalah 28.94 ± 4.86 tahun. Tiada perbezaan pada PPGF didapati antara kumpulan-kumpulan (p > 0.05). Pembolehubah tidak bersandar untuk PPGF adalah tekanan hadapan (Beta = 0.35, p < 0.01), PWVCF (Beta = -0.26, p < 0.01), BP sistolik (Beta = -0.26, p = 0.04) dan ketinggian (Beta = 0.24, p < 0.01). Sensitiviti VRPI adalah 82.02%. Kesimpulannya, PPGF adalah berkait dengan PWVCF dan berpotensi untuk menjadi petanda kekenyalan arteri. Tambahan lagi, VRPI adalah sensitif untuk digunakan sebagai petanda untuk saringan awal faktor risiko CVD.

Abstract

Two new vascular health markers which are derived from finger photoplethysmography (PPG) waveform have been introduced based on Malaysian population, namely PPG fitness index (PPGF) and vascular risk prediction index (VRPI). The objectives of this study were to investigate the associations between PPGF and other cardiovascular disease (CVD) markers such as carotid femoral pulse wave velocity (PWVCF), to compare PPGF between those with and without CVD risk factors and to determine the sensitivity of VRPI in identifying young subjects with CVD risk factors. A total of 114 men age 20 to 40 yrs with and without CVD risk factors were recruited. Risk factors included hypertension, smoking, dyslipidemia, abdominal obesity and family history of premature CVD. Subjects were divided into healthy, those with one risk factor and those with at least two risk factors.  Their weight, height, peripheral and central blood pressure (BP), PWVCF and PPGF were measured and the sensitivity of VRPI in predicting subjects with CVD risk factor was calculated. Data was analyzed via SPSS version 15 and p < 0.05 was considered significant. The mean age of the subjects was 28.94 ± 4.86 yrs. No differences in PPGF was observed between groups (p > 0.05). The independent variables for PPGF were forward pressure (Beta = 0.35, p < 0.01), PWVCF (Beta = -0.26, p < 0.01), systolic BP (Beta = -0.26, p = 0.04) and height (Beta = 0.24, p < 0.01). The sensitivity of VRPI was 82.02%. In conclusion, PPGF was correlated to PWVCF and may be a potential marker of arterial stiffness. In addition, VRPI is sensitive to be used as an early screening of CVD risk factors.