Share |

Effects of Eurycoma Longifolia on Fracture Healing of Androgen-Deficient Osteoporosis Model: A Micro Computed Tomograph Analysis

Original article

Abstrak

Tomografi berkomputer mikro (mikro-CT) adalah peralatan yang berguna untuk memantau pemulihan patah tulang pada model osteoporosis. Ia menyediakan imej 3D kalus fraktur yang boleh digunakan untuk mengira parameter tulang secara kuantitatif. Dalam kajian in, mikro-CT telah digunakan untuk menilai pemulihan patah tulang tikus yang diorkidektomi, iaitu model osteoporosis defisien-androgen. Kesan ke atas pemulihan patah tulang oleh Eurycoma longifolia, sejenis tumbuhan ubatan dengan aktiviti pro-androgenik, dinilai menggunakan micro-CT. Tikus dibahagikan kepada empat kumpulan: kawalan orkidektomi (ORX), bedah sham (SHAM), orkidektomi dan disuntik dengan testosteron secara intramuskular seminggu sekali (TEN) dan orkidektomi dan menerima oral gavaj Eurycoma longifolia (EL) setiap hari. Jangkamasa rawatan ialah enam minggu. Patah tulang diaruh ke atas tibia kanan kesemua tikus. Mikro-CT telah digunakan untuk mengimbas kalus fraktur yang terdiri daripada 100 potongan aksial di atas dan di bawah aras fraktur. Analisa mikro-CT berjaya mengesan perbezaan signifikan pada pemulihan fraktur kumpulan ORX dan TEN. Bagaimanapun, tiada perubahan mikro-CT yang signifikan dilihat pada pemulihan fraktur kumpulan EL. Kesan EL ke atas pemulihan fraktur tidak dapat dilihat pada model tikus orkidektomi.

Abstract

Micro computed tomography (micro-CT) imaging is a useful tool to monitor fracture healing in osteoporosis model. It creates a 3-D image of the fracture callus which can be analysed to assess bone parameters quantitatively. In this study, micro-CT was used to assess the fracture healing of orchidectomised rats, an androgen-deficient osteoporosis model. The effects of Eurycoma longifolia, a medicinal plant with pro-androgenic effects, on fracture healing were assessed. The rats were grouped into orchidectomised-control (ORX), sham-operated (SHAM), orchidectomised and injected with testosterone intramuscularly once weekly (TEN) and orchidectomised and daily oral gavage of Eurycoma longifolia (EL). Treatment duration was six weeks following bone fracture. Fracture was induced in the right tibia of all the rats. A total of 100 axial slices above and below fracture line were scanned with a micro-CT. The micro-CT analysis was able to detect significant difference in the fracture healing rate of ORX and TEN groups. The bridging cortices and fraction of mineralized tissue of the bridging cortices of the callous of ORX group was significantly lower than TEN group.  No significant micro-CT changes were seen in the fracture healing of the EL group. The effect of EL on fracture healing was not demonstrable in orchidectomised rat model.