Share |

Knowledge, Attitude and Practice of Nurses in Administering Oral Medication at Medical Ward, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre

Original article

Abstrak

Pemberian ubat merupakan satu aspek dari peranan jururawat dalam bidang kejuru­rawatan. Bersama dengan pelbagai peranan jururawat, mereka juga perlu mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan amalan yang baik. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan, sikap dan amalan jururawat dalam pemberian ubat melalui mulut dan juga untuk menilai samada pengetahuan jururawat, sikap dan ama­lan berkaitan dengan pengalaman bekerja dan pendidikan profesional. Satu kajian rentas telah dijalankan ke atas 40 jururawat yang berkerja di wad medikal, Pusat Peru­batan Universiti Kebangsaan Malaysia. Soal kaji selidik digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan dan sikap jururawat dan teknik pemerhatian secara langsung de­ngan menggunakan “senarai semak” untuk mencatit amalan jururawat. Min skor untuk pengetahuan adalah 13.8, sikap (16.4) dan amalan (10.7) dan berada di antara tabur­an purata. Tiada perbezaan signifikan di antara pengetahuan dan amalan jururawat dengan pengalaman berkerja dan pendidikan profesional.Walaubagaimanapun peng­aruh keatas  pengalaman berkerja  dan kursus pos basik keatas sikap jururawat dalam pemberian ubat melalui mulut didapati signifikan (p=0.045). Jururawat di wad medikal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia didapati mempunyai tahap pengeta­huan dan sikap yang sederhana dalam pemberian ubat melalui mulut. Kajian ini men­cadangkan pengalaman kerja tidak mempengaruhi pengetahuan dan praktis yang baik dalam pemberian ubat melalui mulut.

Abstract

Drug administration is an integral part of nurses role in nursing practice. In relation to their diverse roles, nurses are required to have adequate knowledge and good practice. The purpose of this study isto examine the level of knowledge, attitude and practice of nurses in the medical wards administering oral medication and to assess  whether nurse’s knowledge, attitude and practice is associated with working experience and professional education (post basic training). A cross-sectional study was conducted on forty (40) nurses working in the Medical wards in Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC). Questionnaires were used to measure the level of knowledge and attitude of nurses and a direct observation technique with checklist to record the practice of nurses. The mean score for knowledge (13.8), attitude (16.4) and practice (10.7) were all within average distribution. No significant difference was found between knowledge and practice of nurses with working experience and post basic training. However, the influence of working experience on attitude of nurses in serving oral medication was found to be significant (p= 0.045). Nurses in medical ward, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre, were found to possess an average level of knowledge and attitude in administering oral medication. In addition, this study suggest that work experience of nurses has no influence on knowledge gain and good practice in administering oral medication.