Share |

Orbital Aspergillosis Mimicking Giant Cell Arteritis

Case report

Abstrak

Penyakit aspergillosis orbit sangat jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan neuropati optik yang sakit. Selain itu, penyakit ini mampu menyerupai giant cell arteritis terutamanya dalam kalangan pesakit tua. Kami ingin melaporkan kes aspergillosis orbit yang berlaku pada seorang lelaki Melayu berumur 65 tahun yang mengadu penglihatan yang kabur secara beransur-ansur dan sakit kepala pada bahagian yang sama. Malangnya, keadaan pesakit tersebut merosot selepas rawatan kortikosteroid dan bertukar menjadi sindrom apeks orbit. Pengimejan dan sampel biopsi menunjukkan aspergillosis orbit. Pesakit menjadi buta akibat diagnosis yang tidak tepat pada peringkat awal. Tujuan laporan ini adalah untuk mengingatkan para doktor agar sentiasa mengambil kira kepentingan epidemiologi penyakit dalam mendapatkan diagnosis yang tepat, terutama apabila pesakit mempunyai tanda-tanda yang luar biasa.

Abstract

Orbital aspergillosis is a very rare, debilitating disease which can present solely with painful optic neuropathy and mimic giant cell arteritis in an elderly person. We report a case of orbital aspergillosis in a 65-year-old Malay man who presented with unilateral gradual blurring of vision and ipsilateral headache. Our initial working diagnosis was giant cell arteritis. Unfortunately, patient’s condition worsened with intravenous corticosteroid and developed into orbital apex syndrome. Imaging and biopsy results showed evidence of orbital aspergillosis. Patient lost his eyesight due to the wrong initial working diagnosis. This report is to emphasize that although giant cell arteritis is also a sight and life-threatening condition, it is rare among Asian populations. We need to take into account the epidemiology of the disease and look into any other differential diagnoses when the presentation is atypical.