Bridging Perception and Investment: Exploring Acceptance and Willingness to Pay for Adult Weight Management in Malaysia
Acceptance,Willingness Obesity intervention
Abstract
Despite ongoing interventions, overweight and obesity rates in Malaysia continue to escalate, underscoring the need to understand public acceptance and willingness to pay (WTP) for weight management programmes. This study aimed to identify key determinants influencing acceptance and WTP among Malaysian adults. A structured questionnaire was developed and validated in Phase 1, before being administered in a cross-sectional survey across four states: Kedah, Selangor, Johor, and Kelantan with 783 respondents. Results indicated high acceptance (80.0%) but low WTP (27.0%), with a notable preference for self-managed approaches. Discrete choice experiment (DCE) findings revealed preference toward structured interventions incorporating nutritional, physical and motivational components. Acceptance was significantly associated with education level, body mass index and gender, while WTP was influenced by education, employment status and income. Cost emerged as a pivotal factor, with respondents favouring more affordable options (p < 0.001). These insights offer strategic direction for policymakers to design culturally relevant, cost-sensitive interventions that align with behavioural readiness and public preferences. By bridging psychological acceptance with economic feasibility, the study reframes obesity intervention as an inclusive pathway for health empowerment, advocating for equitable resource allocation and sustainable outcomes across socio-economic groups.
Keywords :
Acceptance; obesity intervention; willingness to pay,
Abstrak
Kadar obesiti dalam kalangan dewasa Malaysia terus meningkat meskipun pelbagai intervensi telah diperkenalkan, sekali gus menekankan keperluan untuk memahami dengan lebih mendalam terhadap faktor penerimaan masyarakat dan kesediaan membayar (WTP) terhadap program pengurusan berat badan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti penentu utama yang mempengaruhi penerimaan dan WTP dalam kalangan individu dewasa di Malaysia. Soal selidik berstruktur telah dibangunkan dan disahkan dalam Fasa 1, sebelum digunakan dalam kajian keratan rentas melibatkan 783 responden dari Kedah, Selangor, Johor dan Kelantan. Hasil kajian menunjukkan tahap penerimaan yang tinggi (80.0%), namun WTP adalah rendah (27.0%), dengan kecenderungan yang ketara terhadap pendekatan pengurusan kendiri. Eksperimen pilihan diskret (DCE) menunjukkan keutamaan responden terhadap intervensi berstruktur yang menggabungkan komponen pemakanan, aktiviti fizikal dan motivasi. Faktor-faktor seperti tahap pendidikan, indeks jisim badan dan jantina didapati mempengaruhi penerimaan, manakala pendidikan, status pekerjaan dan pendapatan pula mempengaruhi WTP. Kos merupakan faktor yang paling penting, dengan keutamaan terhadap intervensi yang lebih mampu milik (p < 0.001). Penemuan ini memberikan panduan strategik kepada pembuat dasar dalam merangka intervensi yang bersifat inklusif, berpatutan dan selari dengan keperluan serta kesediaan populasi. Kajian ini menekankan kepentingan menjajarkan kesediaan psikologi dengan komitmen ekonomi, serta merangka semula intervensi obesiti yang menyokong kesaksamaan dan kemampanan merentasi pelbagai tahap sosioekonomi.
Kata Kunci :
Intervensi obesiti; kesanggupan membayar; penerimaan,
Correspondance Address
*Correspondence: azimatunnoor@hctm.ukm.edu.my