Abstrak
Keguguran merupakan salah satu komplikasi yang agak biasa di kalangan wanita mengandung. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa  kesan psikologi  selepas keguguran bukanlah  suatu perkara yang luar biasa. Pemahaman tentang morbiditi psikologi adalah penting dalam pengendalian kes keguguran.  Kajian ini bertujuan untuk  membandingkan purata skor Hospital  and  Depression  Scale  (HADS)   di antara wanita  yang  mengalami keguguran  dengan  wanita  yang  berjaya  hamil dan mengenalpasti faktor sosial demografik  dan ciri klinikal kegelisahan  dan kemurungan. Satu kajian deskriptif kes-kawalan telah dijalankan di sebuah hospital selama dua belas bulan (dari Oktober  2014  sehingga September 2015). Sejumlah 65 orang wanita telah menyertai  kajian ini iaitu 32 orang wanita yang mengalami keguguran   (kumpulan  kajian)  dan  33  wanita   yang  berjaya  hamil  (kumpulan kawalan). Purata skor HADS-kegelisahan lebih tinggi dalam kumpulan kajian jika dibandingkan dengan  kumpulan kawalan  walaupun ia tidak  mencapai statistik yang signifikan  (6.53 ± 3.427  vs 5.73  ± 2.875,  p=0.309). Manakala,  purata skor HADS-kemurungan  adalah  lebih  tinggi di kalangan  kumpulan kawalan  (4.34  ± 2.695  vs 4.45  ± 3.073,  p=0.878).  Wanita  yang  berumur  35  tahun  ke  atas dan mempunyai sejarah keguguran mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi mendapat kegelisahan  dan  kemurungan dengan  purata skor HADS  yang  lebih tinggi.  Tiada  kaitan  didapati  di  antara data  sosial  demografik   dan  ciri klinikal dengan risiko kegelisahan  dan kemurungan. Sebagai kesimpulan, tiada perbezaan di antara wanita  yang  mengalami keguguran  jika dibandingkan dengan  wanita yang berjaya hamil. Walau bagaimanapun, wanita yang lebih berusia mempunyai kecenderungan mengalami kedua-dua masalah kegelisahan  dan kemurungan.
                  Kata Kunci :  
         kegelisahan,  
          
          keguguran,  
          
          kemurungan,  
          
          morbiditi,  
          
          psikologikal,